2.1 Apakah itu DEI?
Direktori Sokongan untuk Guru: Click sini
Prinsip ‘Diversity, Equity & Inclusion’ (DEI) dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman. Prinsip kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman membolehkan setiap pelajar, tanpa mengira siapa mereka, untuk difahami dan dihormati serta mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan inklusif**,** dan memastikan ****semua pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang selesa dan selamat untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang. Kami menggunakan prinsip ini sebagai lensa dan menyasarkan untuk memperkasa guru untuk mencipta budaya harmoni dan perpaduan dalam bilik darjah mereka, melalui akses kepada sumber, alatan dan latihan yang berkaitan. Inisiatif ini dapat memastikan bahawa semua pelajar mempunyai akses kepada pendidikan inklusif dan berkualiti dalam bilik darjah.
Marilah kita sama-sama kenali definisi-definisi
Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman
Kepelbagaian (Diversity): Pelbagai identiti berbeza yang dipunyai suatu kumpulan pelajar yang hadir bersama dalam satu ruang seperti bilik darjah atau sekolah; termasuk bangsa, jantina, agama, etnik, umur, bahasa, kewarganegaraan, status sosioekonomi, kelainupayaan atau perspektif politik.


Ekuiti (Equity): Kesaksamaan untuk semua orang tanpa mengira identiti, sama ada identiti yang boleh dilihat dan tidak kelihatan. Akses yang sama rata, adil dan inklusif kepada semua dan peluang kejayaan yang sama rata dalam pendidikan di kalangan semua pelajar tanpa mengira identiti mereka. Keadilan, kesaksamaan dan kesaksamaan dalam prosedur, proses dan pengagihan sumber oleh institusi atau sistem.
Keterangkuman (Inclusion): Mewujudkan ruang yang terbuka dan selamat dan memastikan pelajar rasa diterima dan dihormati dalam ruang itu. Mewujudkan peluang yang adil bagi semua murid dalam kelas untuk memberi impak dalam kelas dan pembelajaran dengan cara yang bermakna. Memastikan cara pembelajaran yang unik setiap orang diperhatikan dan dihargai.
2.2 Objektif DEI

1. Untuk menerapkan persekitaran bilik darjah yang inklusif di mana pelajar berasa didengari, difahami dan dihormati.
2. Meningkatkan rasa harga diri, keselamatan dan nilai dalam kalangan pelajar, rakan sebaya dan guru.
3. Belajar cara berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi.
4. Wujudkan persekitaran di mana setiap pelajar, tanpa mengira siapa mereka, mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti.
5. Bagi memastikan tiada pelajar yang tertinggal.
2.3 Nilai-Nilai DEI
1. Inklusiviti atau keterangkuman
2. Ekuiti dan Kesaksamaan
3. Menerima semua orang dengan seadanya dan bukan hanya dengan toleransi
4. Rasa selamat untuk menjadi diri kita sendiri
5. Meraikan kepelbagaian dalam identiti
6. Saling sokong-menyokong
7. Sifar toleransi terhadap diskriminasi
8. Rasa semangat kekitaan
9. Menghormati antara satu sama lain
10. Tiada berlakunya pengasingan murid berdasarkan identiti
11. Sifar toleransi terhadap buli
12. Saling bantu-membantu, tanpa mengira identiti

2.4 Kenapa perlunya DEI?

1: DEI memastikan tiada pelajar tertinggal.
2: Prinsip kepelbagaian, ekuiti, dan keterangkuman membolehkan setiap pelajar, tanpa mengira siapa mereka, untuk difahami dan dihormati serta mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti, memberi laluan kepada peluang yang saksama, dan memastikan keadilan dan kesaksamaan untuk semua pelajar.
3: Dengan adanya DEI, pelajar akan berasa lebih selamat dan difahami di dalam kelas mereka.
4: Menggunakan prinsip ini sebagai lensa, kami ingin memperkasakan guru untuk mencipta budaya DEI dalam bilik darjah mereka, dengan memberi akses kepada pembelajaran kendiri dan sumber yang diperlukan.
✉️ Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi kami di [email protected]