Gambar rajah Perpaduan dibina berasaskan gambar rajah dalam buku teks sekolah berdasarkan prinsip kepelbagaian, keterangkuman dan ekuiti (DEI). Gambar Rajah Perpaduan merupakan sumber gambar rajah yang boleh digunakan oleh guru untuk pembelajaran di dalam kelas, seperti di dalam lembaran kerja, soalan pemahaman, soalan peperiksaan dan sebagainya. Guru juga boleh guna gambar rajah ini dalam subjek Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau mata pelajaran lain yang berkaitan. Sumber ini memberi guru pilihan untuk menggunakan gambar rajah yang meneroka pelbagai perwakilan etnik, kaum serta jantina. Sumber ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Hospital-Wheelchair.png

  1. Di Hospital. Gambar rajah di atas menunjukkan seorang doktor perempuan yang berkaum India, jururawat lelaki yang berkaum Cina dan seorang pesakit lelaki yang berkaum Melayu.

Unit-beruniform2.png

  1. Pasukan beruniform. Gambar rajah di atas menunjukkan pasukan beruniform yang berbeza, bermula dari kiri:-

i) lelaki Melayu dari pasukan beruniform KRS

ii) perempuan Orang Asli dari pasukan beruniform Bulan Sabit Merah

iii) lelaki Cina dari pasukan beruniform Kadet Polis

iv) perempuan Cina dari pasukan beruniform Kadet Bomba

v) lelaki Sikh dari pasukan beruniform St Johns Ambulance

vi) lelaki Orang Asli dari pasukan beruniform Pengakap

Playing-Chess.png

  1. Main Catur. Perempuan dari Sarawak sedang main catur di sekolah.

Eating-Dim-Sum.png

  1. Makan Dim Sum. Gambar rajah menunjukkan sekumpulan kawan-kawan sedang makan dim sum menggunakan penyepit (chopsticks), dari kiri, seorang lelaki Melayu, seorang lelaki Cina, seorang wanita India dan seorang lelaki Kadazan.